- Tempahan hanya boleh di buat 10 bulan sebelum tarikh majlis
- Bayaran booking RM 530 perlu dibayar semasa membuat tempahan
- Bayaran booking tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan
- Baki harga sewa + deposit RM 500 perlu dijelaskan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum majlis.
- Penukaran tarikh hanya sekali sahaja boleh dilakukan 3 bulan dari tarikh asal sekiranya mendapat persetujuan pihak pengurusan
- Persiapan majlis boleh dilakukan sehari sebelum majlis tetapi selepas jam 8 malam hingga 12 malam.
- Penyewa tidak dibenarkan memaku dan mengotorkan dinding. Sekiranya berlaku kerosakan pada tempat yang disewa, penyewa akan dikenakan caj mengikut kerosakan yang berlaku.
- Penyewa perlu mengosongkan tempat yang disewa sebelum atau pada jam 7 malam. Sekiranya penyewa gagal berbuat demikian, penyewa akan dikenakan caj RM100 setiap jam yang berikutnya.
- Semua sampah majlis mestilah dibuang ke dalam tong sampah di dalam rumah sampah yang sedia ada. Sekiranya penyewa gagal berbuat demikian, wang deposit RM500 akan ditolak.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggung jawab atas keselamatan, kehilangan dan kerosakan hartabenda penyewa dan pengunjung majlis.
- Penyewa tidak dibenarkan menggunakan kemudahan lain, selain dari tempat yang disewa sahaja.
- Penyewa tidak dibenarkan memasak makanan di dalam bagunan clubhouse, deposit RM500 akan ditolak sekiranya berbuat demikian.
- Tidak dibenarkan mencuci pinggan di clubhouse. Sisa makanan tidak dibenarkan di buang di dalam longkang.
- Penyedian makanan hendaklah dibuat di dapur yang disediakan.
- Deposit akan dikembalikan 3 hari selepas majlis sekiranya penyewa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat-syarat dan terma penyewaan dewan Bukit Mahkota Club House
Subscribe to:
Comments (Atom)